SAKA!!!!!
Pernah tak kita dengar tentang SAKA? Mungkin, ramai yang masih tidak tahu tentang saka. Sebaliknya, anda mungkin hanya tahu tentang saka melalui televisyen. Betul tak?
Sebenarnya, kebanyakan cerita tentang saka di televisyen tidak boleh dipercayai . Saya berkata demikian kerana cerita tentang SAKA dan sewaktu dengannya di televisyen terlalu banyak unsur syirik dan khurafat yang boleh memesongkan akidah masyarakat.
Oleh itu, SC ingin berkongsi dengan anda tentang kebenaran SAKA. Semoga anda dapat mengambil iktibar daripada entry ini.
Apa itu SAKA ??
SAKA adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sebati dengan diri manusia tersebut. Saka ini diwarisi oleh nenek moyang terdahulu yang mempelajari ilmu tertentu melibatkan jin. Namun begitu, boleh jadi juga saka ini wujud kerana jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi sesuatu keturunan.
CIRI-CIRI orang yang memiliki SAKA
1) Kebanyakan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’.
2) Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4) Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5) Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Sasaran SAKA
- Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
- Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
- Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
- Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
- Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
- Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
- Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.