Tuesday, 15 March 2011 | By: saiful naim

susah glr nak bngn tido??



mari kita bongkar punca sukar bangun tido...

1.dosa pada siang hari memberatkan badan

dosa yg kita lakukan meskipon dosa-dosa kecil mampu memberatkan untuk bangkit dari pembaringan.mungkin kita ada menyakiti hati kawan,menyimpan perasaan hasad dengki,berasa ujub dan takabbur dengan diri sendiri.tidak segera beristighfar dan beristi'azah

2.kurang persediaan tidur yang baik.

islam itu indah!!!!Rasulullah s.a.w menunjukkan ikutan yg baik dlm setiap lapangan kehidupan.islam ada panduan drpd manusia itu membuka matanya dari tido hinggalah memejamkan semula.
sewaktu hendak tido,bbrp persediaan hendaklah dilakukan agar tido kita menjadi ibadah kpd Allah Taala sprt dgn membaca 3 Qul,ayat kursi,doa sblm tido,berwudhuk dan sebagainya.

3.tidak memasang nekad melawan nafsu

kemahuan dan keinginan itu menjadi kan seseorng manusia itu hebat.nafsu mempunyai beberapa darjat iaitu AMMARAH,LAWWAMAH, dan MUTMAINNAH.nafsu AMMARAH dan LAWWAMAH adlh jenis nafsu yg tidak baik manakala nafsu MUTMAINNAH adlh nafsu yg baik



cAra Nabi tidur....


Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

wallahualam
Wednesday, 9 March 2011 | By: saiful naim

tAuBaT......

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17) 

Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan ini, barulah Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Walau bagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, kadang-kadang ada manusia yang tersungkur dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora.
Atau terjebak dalam kancah maksiat yang memperdayakan pandangan mata hati, akhirnya terpalit noda hitam dalam lubuk jiwanya. Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi menerangi hatinya yang tercalit karat dosa. 

Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan diri daripada dosa membayangi dirinya. 

Imam al-Raghib al-Ashfahani menerangkan: “Dalam istilah syarak, taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang pernah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang ditinggalkan dulu. Jika keempat-empat perkara itu sudah dipenuhi, bermakna syarat taubatnya sudah pun sempurna.” 

Justeru, dapat difahami taubat mempunyai peranan untuk membersihkan diri daripada dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki makrifatullah. 
Dengan taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman beristiqamah serta beriltizam melaksanakan segala bentuk ketaatan penuh keikhlasan hanya kepada Allah. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi) 

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah al-Tahrim, ayat 8) 

Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan saja, selepas itu mengulangi semula perbuatan dosanya buat kesekian kalinya. Taubat sebenar menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu. 

Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi amalan muhasabah dan menilai diri supaya dengan amalan itu dia dapat mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup. Kemudian, disusuli pula dengan amalan soleh yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwa menepis segala bentuk dugaan dan godaan mendatang. 

Apabila ditinjau sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang. 

Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 
Friday, 4 March 2011 | By: saiful naim

Persoalan berkenaan Nabi Isa 'alaihis salam:Wafat?Masih hidup?Diangkat?Turun?


Perlu difahami, kepercayaan terhadap Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke dunia pada akhir zaman bukan sesuatu yang boleh disifatkan dongeng atau khurafat. Sebilangan besar kumpulan ahli sunah wal jamaah berpendapat, Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada percubaan membunuh dan menggantungnya pada kayu palang yang dirancang oleh kaumnya, iaitu dengan mengangkat roh dan badannya ke langit dalam keadaan ia ditidurkan.
Dalil Al-Quran Al-Karim
Dalam al-Quran menyebut sebanyak tiga kali keterangan yang menyentuh pengangkatan Nabi Isa dan kewafatannya .
1.Surah Nisa; ayat 157.Saya sertakan bersama dua ayat sebelum dan selepasnya untuk pembaca budiman semua memahami maksudnya dengan lebih baik.
155. maka (Kami laknatkan mereka) Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tiada sesuatu alasan Yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati Kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam Yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).
156. demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan Yang amat dustanya.
157. dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin.
158. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
159. dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
2.Surah Ali ‘Imran ayat 55:
55. (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang Yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa Yang kamu perselisihkan".
3.Surah al-Maidah ayat 117:
117. "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa Yang Engkau perintahkan kepadaKu mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah Aku menjadi Pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan Yang benar dan menyalahkan Yang salah) selama Aku berada Dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.
Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.
Berbagai-bagai ulasan dan tafsiran ulama terhadap perkataan naik dan wafat yang disebutkan dalam ayat-ayat itu. Ada yang menyatakan maksud naik ialah menaikkan jasad dan rohnya ke langit, ada juga yang menyatakan maksudnya menaikkan pangkat dan kedudukan martabatnya. Perkataan wafat juga diperselisihkan antara sama ada membawa maksud mati, tidur atau sempurna tempoh tinggalnya di bumi atau di langit. Dalam bahasa Arab, semua makna itu boleh dipakai.
Ahli sunah wal jamaah berpendapat, pada suatu hari nanti sebelum berlaku kejadian kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi, beliau akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah negara dengan adil, membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam dan hukum-hukumnya yang ditinggalkan.
Apakah Nabi Isa Dimatikan Sebelum Naik Ke Langit?

Mungkin ada juga yang bertanya mengenai surah Aal 'Imran ayat 55, terdapat penggunaan istilah
“mutawaffeeka” yang biasanya diterjemahkan sebagai wafat (mati), firmannya :-

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan." - [Aal 'Imran 3:55]

Ibn Jareer rh. menjelaskan bahawa :-

Wafat disini bermaksud dia diangkat/naikkan, dan berkata kebanyakkan ulama', penggunaan wafat disana bermakna TIDUR sebagainmanaa firman Allah swt ( Dan Dialah yang [yatawaffaakum] menidurkan kamu pada waktu malam - [al-An’aam 6:60] ) dan firman Allah swt (Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil [yatawaffaa] dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya;- [al-Zumar 39:42])"

Menurut Sheikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwayjri :-

"Maka Isa a.s. tidak mati, bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya, dan akan menurunkan sebelum hari Akhirat dan beliau akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. Dia akan membuktikan bahawa kaum Yahudi salah didalam mendakwa bahawa mereka telah bunuh dan menyalib Isa. Beliau juga akan membuktikan bahawa kaum Nasaara (Kristian) salah kerana berlebih-lebih (gulw) terhadap beliau dan mengatakan beliau tuhan, atau anak tuhan, atau tiga didalam tiga. Nabi saw bersabda :'Demi yang tangannya berada di jiwaku, anak Maryam akan turun disisi kamu dan akan menegakkan keadilan. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah, dan harta akan menjadi tersebar sehingga tiada seorang yang akan menerimanya.' - (Mutafaq a'laih, riwayat Muslim no:155)"


Hukum Bagi Yang Mengatakan Nabi Isa A.S. Telah Wafat

Bagi penjelasan ini, saya memetik fatwa bernombor 2190 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daai'mah Arab Saudi (3/292) : 

"Telah thabit dari daili-dalil dari Al-Quran dan Sunnah bahawa Isa Ibn Mariam a.s. TIDAK DIBUNUH dan TIDAK MATI, akan tetapi Allah swt telah mengangkatnya (naikkan) hidup-hidup, dan dia akan diturunkan di akhir zaman sebagai hakim kepada keadilan umat. Maka sesiapa yang berkata : Isa Ibn Mariam a.s.telah mati dan tidak akan diturunkan pada akhir zaman adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw dan ia merupakan satu kesalahan yang amat serius, dan dihukum kufur setelah mana di beri peringatan dan maklum balas kerana ia nya membohongi Allah dan Rasulnya"
Dalil Bahawa Nabi Isa ‘Alaihis Salam Akan Turun Semula Ke Bumi
Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.
Daripada hadis ini dan beberapa hadis yang lain lagi mereka dengan tegas menyatakan Nabi Isa akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat, ia akan membunuh Dajjal dan khinzir, akan memerintah dunia dengan menegakkan keadilan berpandukan syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya meninggal dunia di bumi. Demikianlah ringkasan akidah sekumpulan ahli sunah wal jamaah tentang Nabi Isa pada akhir zaman.
Apakah Nabi Isa A.S. Akan Wafat?

Sebagai makhluk Allah swt, setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian. Begitulah keadaan keatas Nabi Isa a.s., setelah selepas menegakkan keadilan dimuka bumi pada Akhir Zaman nanti, beliau akan dimatikan. Jenazahnya akan disolatkan dan kafankan oleh orang Islam. Disana ada hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad (no:9349) :-

"Dari Abu Hirairah bahawa nabi saw bersabda :'Aku orang yang rapat dengan Isa ibn Mariam kerana sesungguhnya tiada Nabi antara beliau dan aku....' kemudian beliau menyebut berkenaan dengan penurunan Isa a.s. pada akhir zaman. Kemudian bersabda : 'Beliau akan berada selama dikehendaki oleh Allah dan kemudian akan mati dan orang-orang Islam akan melakukan solat jenazah dan mengkebumikan beliau" - [hadith dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam al-Silsilah al-Saheehah (2182)].

Kesimpulannya, Nabi Isa a.s. telah diangkat kelangit dalam keadaan beliau masih hidup dan akan diturunkan bagi menegakkan keadilan di akhir zaman, kemudian beliau akan dimatikan dimana jenazahnya akan disolat dan dikafankan oleh orang-orang Islam.

bukan pilihan,ianya adalah kewajipan


Buat yang begelar da'ie
Ketahuilah bahawa..
Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,
Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan...