Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Disaat enak beradu di kampung halaman selepas lelah berperang di medan final exam(x stadi mane pon sebenarnye), fikiranku kini terganggu dek kerana aku harus kembali semula ke universiti Malaysia Pahang tercinta disebabkan keterlanjuranku mempersetujui untuk menjadi ajk salah satu aktiviti yang bakal berlangsung pada semester depan...
Udara kebosanan meniup halus dapat ku rasai walaupon sebahagian kecil kawanku akan berada di ump kerana mengambil short sem dan ada jua yg mengikuti aktiviti.....
Otakku ligat memikirkan apa yang harus aku lakukan sebagai prakarsa untuk menghilangkan kebosananku nanti,terlintas di benakku untuk mengkhatamkan novel yg bertaJuk BUMI CINTA...aku kira idea yang terbit di otakku ini dapat membantu aku untuk melenyapkan kebosanan di ump nnt...bagi aku,novel kadang kala mampu membuat ku bahagia dan tersenyum sendirian dan bagi orang lain ada jua yang tidak menyukainya....biasalah...rambut sama hitam,hati lain2 kan...bagi aku,dengan membaca novel terkesan jua serba sedikit,sifat romantic dan pandai mengeluarkan kata2 manis dapat ku kuasai dengan baek..hihi
BUMI CINTA karangan novelis terkenal iaitu Hbiburrahman El Shirazy...siapa tidak kenal akan novelis yang telah menghasilkan novel yang sangat menarik dan apabila membacanya seperti terasa rasa dingin yang menggigit iaitu AYAT-AYAT CINTA dan KETIKA CINTA BERTASBIH sehingga ianya difilemkan.....walaupon secara jujurnya,novel yg sangat menyentuh hati ini adalah ayat-ayat cinta,namun aku lebih menggemari novel DALAM MIHRAB CINTA....semestinya ada sebab mengapa aku mengatakan sedemikian....Dalam mihrab cinta juga telah diadaptasi menjadi filem dan sangat aku sukai,ini mungkin kerana heroinnya ak giler suka....asmirandah yang cantik,huhu
Nak cakap yg aku nie suke bace novel,x la jugak....maybe ak minat akan keindahan bahasa yang digunakan + menambah ilmu tentang apa itu CINTA..
Quiet different aku kira novel BUMI CINTA ini.....kisah yg dipaparkan berlatar belakangkan Negara Rusia yang mana sebelum ini,novelis terkenal dari seberang ini yang mana novelnya hanya berkisar di Negara Mesir dan juga Indonesia sendiri...
Serba sedikit mengenai novel ini....
Memaparkan MUHAMMAD AYYAS sebagai watak utama seorang graduan lulusan agama yang datang ke rusia,Negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi utk bertemu professor Abraham Tomskii sebagai panduan utk kajiannya namun atas sesuatu alasan,professor Tomskii tidak dapat membantunya dan diganti oleh Doktor Anastasia....
Muncul watak Yelena,Linor menguat lagi jalan cerita yg indah....adakah AYYAS dapat menjaga kesucian dan pegangan tentang islam setelah berada di Rusia??
Apakah yg berlaku kepada AYYAS?
Adakah watak Yelena,Linor dan Anastasia mampu menggugat keimanan AYYAS??
Adakah AYYAS menemui jodohnya di bumi rusia??
Semua ini terjawab dalam novel BUMI CINTA
Setelah bertungkus lumus utk menghabiskan 722 muka surat ditambah pula dengan terselitnya unsur2 sejarah yg sangat membosankan..hehhe,aku dapat simpulkan yg mana utk menghasilkan novel BUMI CINTA ini,bukanlah dikarang dalam masa yg singkat...kualiti novel ini sangat lah tinggi...tidak dapat dibayangkan katekunan yang dilakukan penulis untuk mencetuskan novel yang hebat ini....
Bagi aku...apa2 pon hobi kita,biarlah ianya mendatangkan kebaikan dan membawa untuk meningkatkan iman kita...tidak lah disini ak mengatakan yg harus membaca novel untuk meningkatkan iman,namun serba sedikit novel juga medium yang pantas dan sesuai..tapi perlu lah memilih novel yang btol....btw,novel2 yang dikarang oleh Habiburrahman banyak memaparkan kisah cinta yang berlandaskan syariat yang btol yang mana susah untuk kita temui di zaman serba moden sekarang ini,,,hope dipilih oleh Allah untuk menjadikan kisah cintaku berlandaskan syariat islam yg benar,,,,amin
