Persoalan berkenaan Nabi Isa 'alaihis salam:Wafat?Masih hidup?Diangkat?Turun?
Perlu difahami, kepercayaan terhadap Nabi Isa dinaikkan ke langit dan akan turun semula ke dunia pada akhir zaman bukan sesuatu yang boleh disifatkan dongeng atau khurafat. Sebilangan besar kumpulan ahli sunah wal jamaah berpendapat, Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada percubaan membunuh dan menggantungnya pada kayu palang yang dirancang oleh kaumnya, iaitu dengan mengangkat roh dan badannya ke langit dalam keadaan ia ditidurkan.
Dalil Al-Quran Al-Karim
Dalam al-Quran menyebut sebanyak tiga kali keterangan yang menyentuh pengangkatan Nabi Isa dan kewafatannya .
1.Surah Nisa; ayat 157.Saya sertakan bersama dua ayat sebelum dan selepasnya untuk pembaca budiman semua memahami maksudnya dengan lebih baik.155. maka (Kami laknatkan mereka) Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tiada sesuatu alasan Yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati Kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam Yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).
156. demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan Yang amat dustanya.
157. dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin.
158. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
159. dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
2.Surah Ali ‘Imran ayat 55:
55. (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang Yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa Yang kamu perselisihkan".
3.Surah al-Maidah ayat 117:
117. "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa Yang Engkau perintahkan kepadaKu mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah Aku menjadi Pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan Yang benar dan menyalahkan Yang salah) selama Aku berada Dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.
Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.
Berbagai-bagai ulasan dan tafsiran ulama terhadap perkataan naik dan wafat yang disebutkan dalam ayat-ayat itu. Ada yang menyatakan maksud naik ialah menaikkan jasad dan rohnya ke langit, ada juga yang menyatakan maksudnya menaikkan pangkat dan kedudukan martabatnya. Perkataan wafat juga diperselisihkan antara sama ada membawa maksud mati, tidur atau sempurna tempoh tinggalnya di bumi atau di langit. Dalam bahasa Arab, semua makna itu boleh dipakai.
Ahli sunah wal jamaah berpendapat, pada suatu hari nanti sebelum berlaku kejadian kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi, beliau akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah negara dengan adil, membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam dan hukum-hukumnya yang ditinggalkan.
Apakah Nabi Isa Dimatikan Sebelum Naik Ke Langit?Mungkin ada juga yang bertanya mengenai surah Aal 'Imran ayat 55, terdapat penggunaan istilah“mutawaffeeka” yang biasanya diterjemahkan sebagai wafat (mati), firmannya :-
"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan." - [Aal 'Imran 3:55]
Ibn Jareer rh. menjelaskan bahawa :-
Wafat disini bermaksud dia diangkat/naikkan, dan berkata kebanyakkan ulama', penggunaan wafat disana bermakna TIDUR sebagainmanaa firman Allah swt ( Dan Dialah yang [yatawaffaakum] menidurkan kamu pada waktu malam - [al-An’aam 6:60] ) dan firman Allah swt (Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil [yatawaffaa] dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya;- [al-Zumar 39:42])"
Menurut Sheikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwayjri :-
"Maka Isa a.s. tidak mati, bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya, dan akan menurunkan sebelum hari Akhirat dan beliau akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. Dia akan membuktikan bahawa kaum Yahudi salah didalam mendakwa bahawa mereka telah bunuh dan menyalib Isa. Beliau juga akan membuktikan bahawa kaum Nasaara (Kristian) salah kerana berlebih-lebih (gulw) terhadap beliau dan mengatakan beliau tuhan, atau anak tuhan, atau tiga didalam tiga. Nabi saw bersabda :'Demi yang tangannya berada di jiwaku, anak Maryam akan turun disisi kamu dan akan menegakkan keadilan. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah, dan harta akan menjadi tersebar sehingga tiada seorang yang akan menerimanya.' - (Mutafaq a'laih, riwayat Muslim no:155)"
Hukum Bagi Yang Mengatakan Nabi Isa A.S. Telah Wafat
Bagi penjelasan ini, saya memetik fatwa bernombor 2190 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daai'mah Arab Saudi (3/292) :
"Telah thabit dari daili-dalil dari Al-Quran dan Sunnah bahawa Isa Ibn Mariam a.s. TIDAK DIBUNUH dan TIDAK MATI, akan tetapi Allah swt telah mengangkatnya (naikkan) hidup-hidup, dan dia akan diturunkan di akhir zaman sebagai hakim kepada keadilan umat. Maka sesiapa yang berkata : Isa Ibn Mariam a.s.telah mati dan tidak akan diturunkan pada akhir zaman adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw dan ia merupakan satu kesalahan yang amat serius, dan dihukum kufur setelah mana di beri peringatan dan maklum balas kerana ia nya membohongi Allah dan Rasulnya"

Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.
Daripada hadis ini dan beberapa hadis yang lain lagi mereka dengan tegas menyatakan Nabi Isa akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat, ia akan membunuh Dajjal dan khinzir, akan memerintah dunia dengan menegakkan keadilan berpandukan syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya meninggal dunia di bumi. Demikianlah ringkasan akidah sekumpulan ahli sunah wal jamaah tentang Nabi Isa pada akhir zaman.
Apakah Nabi Isa A.S. Akan Wafat?
Sebagai makhluk Allah swt, setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian. Begitulah keadaan keatas Nabi Isa a.s., setelah selepas menegakkan keadilan dimuka bumi pada Akhir Zaman nanti, beliau akan dimatikan. Jenazahnya akan disolatkan dan kafankan oleh orang Islam. Disana ada hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad (no:9349) :-
"Dari Abu Hirairah bahawa nabi saw bersabda :'Aku orang yang rapat dengan Isa ibn Mariam kerana sesungguhnya tiada Nabi antara beliau dan aku....' kemudian beliau menyebut berkenaan dengan penurunan Isa a.s. pada akhir zaman. Kemudian bersabda : 'Beliau akan berada selama dikehendaki oleh Allah dan kemudian akan mati dan orang-orang Islam akan melakukan solat jenazah dan mengkebumikan beliau" - [hadith dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam al-Silsilah al-Saheehah (2182)].
Kesimpulannya, Nabi Isa a.s. telah diangkat kelangit dalam keadaan beliau masih hidup dan akan diturunkan bagi menegakkan keadilan di akhir zaman, kemudian beliau akan dimatikan dimana jenazahnya akan disolat dan dikafankan oleh orang-orang Islam.

0 comments:
Post a Comment